Bola Dalam Negara
Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia bergelar Harimau Malaya adalah pasukan bola sepak yang mewakili Malaysia dan ditadbir sepenuhnya oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia. Pasukan ini disegani pada tahun 1950-an hingga ke 1980-an tetapi jatuh merudum pada 1990-an dan awal 2000-an. Namun pada bulan Disember 2009, pasukan ini bangkit kembali setelah memenangi pingat emas di Sukan Asia Tenggara (SEA) di Vientiane, Laos dan juara Piala AFF Asean, setelah menewaskan Indonesia 4-2 secara agregat pada Disember 2010.
Malaysia amat digeruni dan antara pasukan terkuat di Asia pada awal 1950-an sehingga 1960-an bersama-sama dengan pasukan bola sepak kebangsaan Korea Selatan. Malaysia telah mensinarkan beberapa pemain antaranya Abdul Ghani Minhat (gelaran "Raja Bola"), Arthur Koh, G. Govindaraju, Robert Coe, Edwin Dutton dan Stanley Gabriel.
Pada zaman 1962, pasukan ini telah melahirkan beberapa emas yang tersilau jauh seperti penyerang kilat Mokhtar Dahari, pasangan pertahanan Santokh Singh dan Soh Chin Aun (dikenali sebagai pasangan pertahanan terbaik di Asia pada 70-an) dan R. Arumugam, digelar sebagai "Spiderman" kerana ketangkasannya menjaga gawang gol.
Mokhtar Dahari
13 November 1953
Setapak,KL
Penyerang
Selangor
Santokh Singh
22 Jun 1962
Setapak,KL
Pertahanan
Selangor

Soh Chin Aun
28 Julai 1949
Alor Gajah,Melaka
Pertahanan
Melaka

R. Arumugam
31 Januari 1953
Klang,Selangor
Penjaga Gol
Se
No comments:
Post a Comment